Show more filters
Banner image for Koyo Corporate (M) Sdn Bhd

JURUTEKNIK MESIN AIS SELANGOR

Koyo Corporate (M) Sdn Bhd

2.9
3 reviews
Koyo Corporate (M) Sdn Bhd
Job Type   /   Job Level
Full-time   /   Fresh/Entry Level
Company Location
Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
This job post has expired

Job Description

Bertanggungjawab dalam pemasangan, penyelenggaraan, pemeriksaan dan pembaikan mesin ais serta peralatan F&B bagi memastikan semua peralatan (equipment) berfungsi dengan baik dan selamat digunakan oleh pelanggan.

Skop Kerja Utma

1.Pemasangan & Pentauliahan (Installation & Commissioning)

  • Melakukan pemasangan unit baru mesin ais, mesin kopi komersial, dispenser minuman, mesin basuh pinggan mangkuk, dan peralatan F&B lain di lokasi pelanggan (cafe, restoran, hospital, hotel, dll.).
  • Memastikan sambungan elektrik, bekalan air, dan sistem saliran dibuat dengan betul mengikut spesifikasi teknikal.

2.Penyelenggaraan Pencegahan (Preventive Maintenance - PM)

  • Melaksanakan jadual servis berkala untuk memastikan mesin beroperasi pada tahap optimum dan mengelakkan kerosakan luar jangka.
  • Menjalankan kerja-kerja pembersihan (descaling), sanitasi sistem air, dan pemeriksaan komponen kritikal (pemampat, motor, penderia)

3.Pembaikan & Penyelesaian Masalah (Corrective Maintenance & Troubleshooting)

  • Mendiagnosis kerosakan mekanikal, elektrikal, dan sistem penyejukan (refrigeration) pada peralatan F&B.
  • Menjalankan kerja-kerja pembaikan, penukaran alat ganti yang rosak, dan pengecasan gas bahan pendingin (gas charging).

4.Pelaporan & Dokumentasi

  • Melengkapkan laporan servis (Service Report), borang pemasangan, dan jaminan dengan tepat selepas setiap tugasan.
  • Melaporkan status kerosakan besar atau isu teknikal kepada Penyelia Teknikal.

5.Latihan Pelanggan

  • Memberi latihan asas kepada staf pelanggan mengenai cara operasi betul dan penjagaan harian mesin.

Keperluan Kerja

  • Minimum SPM / Sijil / Diploma dalam bidang Elektrik, Mekanikal, Penyejukan atau bidang berkaitan
  • Mempunyai pengalaman membaiki dan menyelenggara mesin ice maker atau peralatan F&B adalah satu kelebihan
  • Mempunyai pengetahuan asas pendawaian elektrik dan troubleshooting
  • Boleh bekerja secara berdikari dan juga dalam kumpulan
  • Mempunyai lesen memandu yang sah
  • Bersedia untuk membuat kerja dan servis di lokasi pelanggan (outstation/onsite)
  • Bertanggungjawab, berdisiplin dan boleh mengikut jadual kerja
  • Graduan baru digalakkan memohon

Compensation & Benefits

  • EPF, SOCSO & EIS (statutory contributions)
  • Medical Leave (MC)
  • Annual Leave
  • 50% meal discount at Poseidon Cafe (Kelana Jaya only)
  • Personal Accident Insurance
  • Medical Claim
This job post has expired

More jobs