Enjoy up to 50% discount on all job posting packages.
Default User Icon Menu Hamburger Icon
Browse Jobs
Companies
MyCareerFair
Awards
Campus Fair
Training
News
Resources
Download App
Kerja Kosong
Kerajaan
Government
Job Vacancy
HRDF Claimable Training Programs on Jobstore
Jobstore Malaysia   »   Companies   »   Wasiyyah Shoppe Berhad
Wasiyyah Shoppe Berhad
Company Overview
Wasiyyah Shoppe Berhad ditubuhkan pada 5hb Mei 2004. Mula beroperasi dari pejabat di tingkat 42 Menara 2 KLCC. Objektif penubuhan syarikat semenjak awal penubuhan ialah untuk memperkenalkan kaedah perancangan harta secara Syariah kepada umat Islam Malaysia. Wasiyyah Shoppe Berhad ialah organisasi pertama yang telah secara sistematik dan agresif memperkenalkan kaedah hibah pada 2004. Dengan bimbingan ahli Lembaga Pengarah profesional yang berpengalaman luas di dalam dunia korporat, Panel Syariah berpengetahuan tinggi di dalam fiqh mawarith dan pengurusan yang muda dan dinamik, Wasiyyah Shoppe Berhad hari ini memegang reputasi sebagai syarikat amanah patuh syariah yang menawarkan produk dan perkhidmatan paling komprehensif dan diyakini di Malaysia. Visi: Untuk menjadi Syarikat Amanah Patuh Syariah yang menawarkan pewarisan komprehensif secara digital di peringkat Global Misi: 1. Menawarkan solusi Pewarisan harta umat Islam patuh Syariah yang inovatif dan komprehensif 2. Mentransformasi industri Pewarisan melalui pembinaan modal insan yang berkualiti 3. Membina jenama yang berintegriti dan dikenali di peringkat antarabangsa Nilai Korporat: Niat Kerana Allah Swt Integriti Dan Akauntibiliti Lestarikan Budaya Ilmu Agresif Menginovasikan Perkhidmatan Cemerlang Istiqomah Mencapai Kejayaan Duniawi Dan Ukhrawi
Company Summary

Wasiyyah Shoppe Berhad
A-G-07, Dataran Cascades, No, 13A, Jalan PJU 5/1, Pju 5 Kota Damansara,
Selangor, Malaysia
Company Industry
Law / Legal